Showing posts with label heart attack. Show all posts
Showing posts with label heart attack. Show all posts

Page 342: Im Hurt, Much

  • 0
Im hurt.
Much.

 Because I need to talk to someone.
But I cant find any. 

Because you are so busy with your world.
You forget that you are my world. 

Because everything else is so important.
It hurt me to the core.

 Because excuses is the only thing that you can give.
You forget you give me thousands of them.
Excuses will always be excuses.
Excuses is not apology.
But thousands of apology eventually become excuses.

 Because I dont have any other choices.
I make up my mind. That enough is enough.

Enjoy your life.
Im not there to entertain you anymore.
You deserved to be out of my life.
And I deserve better.

Im hurt.
Much.

Biskut, lelaki dan kedekut..

  • 2
biskut...ooO biskut....ngee....

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Pehal laki niyh xmalu sangat.. dah la tak mintak dari aku. Makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.


"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.........." getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

~ala....biskut je pOn...jgn le kedekuT sangaT...kan da maLu sendrik...ahakx~

kesengalan(bukaN Ah Beng)

  • 4
AKIBAT TUNJUK PANDAI
***************************
Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah
anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya.
Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini.
Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih
sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini
pandai berlakon depan Pak Haji Dollah.
Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya,
maka semuanya berjalan dengan lancar.
Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah
masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas
kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun
lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga
kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur,
Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi
rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun
bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi
dan bersiap untuk mendirikan solat subuh.
Tapi dek kerana lewat bangun,maklumlah malam pertama,
Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah,
dia asyik berbaring dek kerana penat,
membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya
itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya.
Selepas selesai solatnya dan memberi salam,
Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab,
"Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah.
Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya.
Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh.
Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

P/S:bangun solat subuh!!



PAK PANDIR BERJUMPA DOKTOR
**********************************
Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan
seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang
suatu masalah pada dirinya.
Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab.
Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?
Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.
Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?
Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?
Doktor: ???

P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...

SURAT MAHASISWA KEPADA AYAHNYA
*****************************************
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini:
Ayah,Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat
kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih.
Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah,
walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.
Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam,
ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini,
jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil
surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil
kembali surat ini dan membakarnya,
kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah.
Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini,
tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari
ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:
Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan.
Suratmu tidak pernah ayah terima"Dari Ayahmu.



TIGA ORANG GILA
*******************
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa.
Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran,
disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka
mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang
demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil.
Doktor itu memberi situasi."Kamu, kalau dihantar ke padang pasir,
apa benda paling penting dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..."
Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar
jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula.
Soalan sama ditanya oleh doktor itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata
setelah berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Kemudian, Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti
Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab,
"Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"


SELESEMA BURUNG
********************
Seorang lelaki menghubungi doktor panelnya
untuk memberitahu suatu masalah.
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon,
"Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.
Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin. "
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka," jawab doktor,
"Kalau begitu saya sudah dijangkiti."


SIAPA DI LUAR?
*****************
Seorang penjenayah tua yang menyorok
di pinggir kampung sedang sakit tenat.
Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya.
Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.
"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang."


ANAK DAN BAPA
****************
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada
bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah
meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!