P.ramlee the chronicle

  • 3
Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip,etc.
Dia seorang Seniman Agung yang terkenal. Semua orang tahu itu.
Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik?
Tiga daripadanya adalah artis.Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar Sejarah Bahasa, YG.bhg. Dato' Seri Lompor A/L Kugen

Berikut adalah nama adik-beradiknya:
A Ramlee,
B Ramlee,
C Ramlee,
D Ramlee,
E Ramlee ,
F Ramlee,
G Ramlee,
H Ramlee,
I Ramlee,
J Ramlee,
K Ramlee,
L Ramlee,
M Ramlee,
N Ramlee ,
O Ramlee,
P Ramlee,
Q Ramlee,
R Ramlee,
S Ramlee,
T Ramlee,
U Ramlee,
V Ramlee,
W Ramlee,
X Ramlee,
Y Ramlee,
dan Z Ramlee.


Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:
A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.
Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan.. .
iaitu Ramli Burger.
Sekian terima kasih.


notakaki:apart from this lawak i do love his film!!ngee~

Stamp fact!



WHY THE STAMP IS STUCK AT THE TOP RIGHT-HAND CORNER OF THE ENVELOPE???.................




At the time when Queen Victoria came to the throne,
letter-writing was not common,
but luxury since postal rates was high.
Following the efforts of Sir Rowland Hill,
uniform penny postage was introduced on January 10th,1840
and in the following May,
postage stamps were introduced.
As all stamps were cancelled by hand,
and millions of letter had to be handled,
the stamps was placed into the
most convinient place on the envelop...
-THE TOP RIGHT-HAND CORNER.....

(it must be hard for left-handed person to try dis job kalo caneyh...
hahak....lucky u dont live in that era...ahhakx=p)

Biskut, lelaki dan kedekut..

biskut...ooO biskut....ngee....

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Pehal laki niyh xmalu sangat.. dah la tak mintak dari aku. Makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.


"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.........." getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

~ala....biskut je pOn...jgn le kedekuT sangaT...kan da maLu sendrik...ahakx~